Pages

Monday, December 12, 2016

Majlis Makan Malam The Final Chapter Senior Year bertemakan Secret Garden

Assalamualaikum


Perghhh.. panjang betul tajuk untuk kali ini.. setelah sekian lama Wanie tidak menulis.. NOW im back😁


Semalam Wanie pergi majlis makan malam bersempena meraikan pelajar tahun akhir di Univeriti Malaysia Kelantan di Hotel Grand River View Kota Bharu, Kelantan. Ini merupakan pengalaman pertama Wanie pernah berada di hotel itu selama 4 tahun tinggal di Kelantan. Memang seronok

Sunday, November 27, 2016

Kebaikan serbuk kopi kepada kulit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


1. Kepada kesihatan dan kecantikkan kulit
- Kopi dapat mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.


2. Eyebag pada mata

- Mampu mengurangkan eyebag apabila disapukan kopi pada mata. Kafein dapat membantu pengaliran darah di bawah kulit.

Tuesday, October 11, 2016

Cara menghilangkan parut jerawat dengan mudah

Assalamualaikum


Vanilla Coffee Scrub sangat berkesan untuk menghilankan parut jerawat..

Dengan formula daripada bahan semulajadi ia mampu untuk memudarkan parut jerawat seawal 3 hari sahaja :)

Sunday, July 10, 2016

Stand By Me Charity Orchestra

                                 Assalamualaikum and very good evening.


       






This is my way to express support and promote a charity event for the purpose to help childhood cancer.

Junior Chamber International Petaling Jaya will be organized a charity event, “Stand By Me Charity Orchestra”, to raise fund to support Childhood Cancer through UMMC Childhood Cancer Trust Fund. The event will be held at Shah Alam Royal Theater on 6 Aug 2016.  This project is collaboration with University Malaya Medical Centre ( UMMC ).

The objective on this meaningful event is to:
1.      Provide platform for community to support the families of leukemia patients
2.      To raise fund for underprivileged cancer patients to cover their medical expenses and get proper treatment.
3.      to create awareness of leukemia cancer

The ticket can be purchased atwww.ticketcharge.com.my or call 0392228811. They are targeted to have 800 pax on this event which will able to raise around RM80k for the childhood cancer trust fund. Please visit their facebook page at https://www.facebook.com/JCIPJ-Stand-By-Me-1375420862787459/?fref=ts.

JCI Petaling Jaya (JCI PJ) is a non - profit international non-governmental organization, initiated in year 1980 and affiliated to JCI Malaysia. JCI members are volunteers and they rely on kind sponsors and support from partners and corporate organization to fund this programs.  Thus, they are sincerely appreciate on your support to keep this meaningful event continues running and hopefully able to cooperate together and together we serve the community. (www.facebook.com/jcipetalingjaya )

This meaningful event also can be attend together with your families and friends.

“That service to humanity is the best work of life”

Friday, May 27, 2016

Quote of the day #3

Assalamualaikum dan selamat pagi





Happy bornday Wanie

Assalamualaikum Semua Sahabat..







27 Mei 1993 - 27 Mei 2016


Syukur Alhamdulillah masih berpeluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.. 27 Mei merupakan hari lahir Wanie atau Nur Khairiah Irwanie . Hari ini genap saya berumur 23 tahun. Diharapkan dengan peningkatan usia ini akan semakin bertambah amalan saya. InshaAllah.






Oh ya.. yang hujung kanan dengan tangan kepak2 macam ayam tu saya.. hahahh


Terima Kasih buat semua yang mendoakan. Semoga anda semua murah rezeki =)
Aamiin

Tuesday, May 24, 2016

Oh My Jep Kucing Popular di Facebook

Assalamualaikum.


Page Oh My Jep merupakan antara page kucing yang popular di Facebook iaitu mempunyai seramai 307,322 Likers. Aksi-aksi dan mimik muka kucing yang berwajah selamba itu telah menarik jutaan pengguna akaun facebook untuk melihatnya. Page tersebut di kendalikan oleh Umi iaitu tuan kepada Jep. Saban hari ada sahaja keletah Jep yang berjaya mencuit hati Acik-acik dan Ankel-ankel sekalian.

Jom kita ushar sedikit mimik muka kucing ini =)








Comel kan? Geram tengok muka dan badan Jep yang gebu gebas. hahah

Jom ushar Facebook Oh my jep

Monday, May 23, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Friday, May 13, 2016

Salam Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum.



Salam Sayyidul Ayyam


Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: ''Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Ayyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).''


Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: ''Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'' (Hadis riwayat Muslim)






Wallahualam 

Monday, April 11, 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa'

Fuhh..dah lama kan tak join giveaway.. Jom lah join beramai2 :)



ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Monday, February 22, 2016

Tabung Eiman

Tabung Eiman | Assalam guys.. Wanie nak mintak tolong korang doakan adik ini agar cepat sembuh dan kembali sihat semula.. Tak sanggup rasanya melihat tubuh sekecil ini terpaksa menanggung kesakitan..Allah.. semoga adik dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa.. InshaAllah berkat kesabaran akan ada hasilnya..

Bagi membiayai kos rawatan di Amerika, ibu adik ini ada menjual pekasam.. hasil daripada jualan akan digunakan untuk kos rawatan.. jom sama2 kita hulurkan tangan.. InshaAllah ..semoga anda semua dilimpahi rezeki yang berkat..






UNTUK SEBARANG PEMBELIAN ATAU SUMBANGAN:

Qharlynda Mewah Ent. No. SA0310967-K.
SILA BANK KAN KE AKAUN TERSEBUT Muhamad Khalid Bin Senin CIMB *05080084550521 Selesai Urusan perbankan, sila tunjuk bukti pembayaran melalui gambar slip bank, sila sertakan nama penuh, no tel dan alamat. WhatsAap 
019 2096554 lynda 
Private Massenger

Fb Pages; 
Pemborong Dan Pembekal Pekasam Daging
Semoga Adik Eiman cepat sembuh.. Amin :)


Monday, February 1, 2016

Kebosanan Melanda

Kebosanan melanda| Hai guys.. ap khabar semua.. Wanie tengah cuti sem sekatang.. duduk kat rumah je sambil buat bisnes cheesekut secara part time.. serius bosan giler..nak berjalan tapi xtahu mahu pergi dengan siapa dan dgn ap..hehe.. maklumlah..hampir semua kawan2 kat kg sy nie sudah bekerja dan berkahwin..tinggallah kami yg masih belajar nie mereput..hehe..
tak kurang jugak ada antra kawan Wanie yang bekerja part time.. Hari itu Wanie ingat nak jugak cari keje sementra tapi pikir2 balik..cuti sebulan je.. haha..terus tak jadi..  ada juga yang melancong..mana yang bajet lebih dapatlah melancong..yang xde bajet..alamaknye duduk rumah jelah..hehe..

Bosan sangat sampai Wanie pon tak tahu lah apa tujuan Wanie update entry nie..hehe.. maaf ye.. #JanganKecamWanie kikiki..

Belanja gambar selfie sikit.. hari itu wani pergi tengok  Dliwale kat Starmall Mertakab dengan mak.. Shopping..makan2 pastu terus balik..


Nie antara gambar cheesekut yang customer order.. untung??'Alhamdulillah lah.. Wanie berniaga nie pon sebabnye nak mengisi masa lapang pastu niat nak beli bateri lappy..bateri lappy rosak..kong habis.. beratus jugak nak guna tu.. sob sob..sedih.. tapi yang paling sedih
.Wanie dah terguna banyak duit untung sbb shopping tak ingat dunia haritu..mintak2 ada yg sudi sponsor..kikiki

Chocolate brownies dgn topping nutella &'white chocolate..
Pertama kali wanie buat..dan alhamdulillah menjadi jugak.. kurang manis dan gebu..sedap2 tekak je..



Aiskrim oreo home made..menjadi jugak..Alhamdulillah..

Macam.ini lah bila duduk rumah..tekak tu nak makan je..pastu bila badan makin naik..baju tak muat..mulalah bising..menyesal sbb makan banyak..haha..


Oke ..last nie..belanja gambar selfie close up ala ala ikan buntal hitam..




























Abaikan jerawat dan parut..tu gambar lama..parut kat dahi dah kurang tapi tambah lagi parut jerawat baru kat pipi gara2 pergi usik..haha. 

kbye.

Friday, January 22, 2016

Murtabak maggi

Murtabak maggi| Assalam guys.. hari ini Wanie nak share 1 resepi.. So far resepi nie agak Wanie kenal masa tinggal kat Kelantan nie.. bahan dia senang dan kos pon agak murah..

Bahan2:
1 paket maggi perisa kari(tak kisah jenama apa)
Hotdog (Untuk topping blh letak suka hati..fishball ke ayam ke) suka hati korang
2 biji telur ..Wanie guna gred D.. Kalau guna gred A guna sebijik je ye

Cara2:
1) Rendam maggi dan hotdog dalam air panas sampai masak.
2) Dah siap..angkat dan tos kan. Letak dalam mangkuk
3) Potong sosej ..ekot suka hati nak bentuk macam mana..nak panjang2 dan bulat xde masalah
4)Letak sosej yang dah siap dipotong ke dalam mangkuk maggi dan letakkan perencah kari maggi
5)Gaulkan sampai sebati dan pecahkan telur ke dalam mangkuk dan gaulkan lagi.. bagi sampi sebati ye bahan2 tadi
6)Panaskan kuali..letak sedikit minyak dan mula menggoreng.. Digalakkan untuk menggunakan kuali leper..kalau xde hentam jelah yg mana2 pon
7)Masukkan maggi yang sudah digaul tadi..pastu tekan2 sedikit bagi dye berbentuk petak..nak bentuk bulat pon xde hal..hehe.. 

Selepas itu,agak2 bahagian bawah dah masak..korang terbalikkan maggi tu bagi bahagian sebelah pulak yg masak.. Done!

Tahniah.. Murtabak maggi anda sudah siap..hehe..



Boleh potong kpd 4 bahagian.. makan 1 slice shj pon dah kenyang.. Alhamdullilah..

Monday, January 18, 2016

Cheezy krunchy roti sandwich

Cheezy krunchy roti sandwich| Assalamualaikum semua..lama tak update blog..maklumlah cuti sebulan di rumah..Sekarang pon Wanie masih dalam mood percutian.. InshaAllah awal bulan 2 baru balik semula ke Kelantan.. kalau ada kalangan blogger atau bukan blogger yg nk meet..together gether Whatsapp je wanie k.. kita jumpa2 berkenalan..hehe..

Hari ini Wanie nak share resepi roti sandwich.. tapi yang mana tengah diet tak boleh buat sbb resepi ini boleh menyebabkan berat anda naek berkilo kilo..hehe.. oke Wanie gurau je.. Wanie dapat resepi nie daripada kawan.. so far oke lah.. sedap..barang2 pon mudah cari dan murah je :)

Bahan2 yang diperlukan:
Roti sandwich
Sos cili
Cheese keping.. Wanie guna jenama Beqa perisa blackpaper
Mayonis
Sosej.. boleh guna bahan2 yg laen spt bebola dll.. sbb kat rumah ad yg ini,jadi Wanie guna ini sahaja untuk topping.

Cara2:

Mula2 potong sosej halus2..nak buat bentuk bujur ke bulat ke..boleh shj..suka hati.. Lepas itu letak 1 sudu minyak dan goreng sosej dalam kuali.Dah siap..angkat sosej tu letak dalam bekas.

Kalau suka makan pedas..potong lada kecil2 dan goreng sekali dgn sosej.

Selepas itu.. ambil sekeping roti dan letakkan sos..ratakan macam gambar di bawah.

Kalau suka sos blh letak lebih..suka hati..

Selepas itu.. bahagikan cheese kepada 4 bahagian dan susun mcm dalam gambar di atas.. kalau malas boleh je letak sekeping cheese atas roti tu..hehe.. tapi Wanie buat macam ini supaya cheese tu cair ke seluruh roti.. kalau rajin carik carikkan cheese dan tabur je bagi rata atas roti.. :)

Selepas itu letakkan sedikit mayonis dan ratakan..kalau suka lebih letak banyak sedikit.

Taburkan sosej yg digoreng tadi..ratakan..

Ambil sekeping roti dan letak atas.. mcm ini

Selepas itu..ap lagi..bakar lah roti tu..Wanie bakar atas kuali je..hehe..mudah dan cepat.. bukak api sederhana kecil.. dan terbalikkan roti bila bahagian bawah tu dah masak..

Taraa.... dah siap..yummmyyy..

Ambil masa 5 minit je nak buat roti sandwich ini..
Good Luck :)

Monday, January 11, 2016

Petua menghilangkan jerawat di muka

Petua menghilangkan jerawat di muka| Assalamualaikum guys.. seterusnya Wanie nak share petua untuk menghilangkan or mengurangkan jerawat di muka. So far Wanie dah cuba petua ini selama 3 bulan dan Alhamdulillah jerawat kat muka semakin berkurangan.. muka Wanie ney jenis berjerawat di bahagian tertentu shj spt di dagu dan atas bibir. so jangan pelik sangat ye kalau nampak gambar2 lama saya xde jerawat.. actually ada je.. tp xberapa nampak sbb cover dengan foundation.. hahah..


gambar Google

Rasa stress kan bila jerawat naik mencanak2 kat muka??

Oke jom ikut petua ini... petua ini Wanie dapat daripada roomate Wanie.. so far memang ada hasil bila try ini.

Bahan2:
Air
Soda Bikorbanat

Cara2:
1)Cuci muka anda sebersih-bersihnya
2)Letakkan sedikit soda bikarbonat ke atas tapak tangan
3)Letakkan sedikit air ke atas soda
4)Gaulkan dia dan biarkan sebati.. jangan terlalu cair or terlalu keras oke.
5)Gosok secara perlahan2 ke atas tempat yang ada jerawat.. nak sapu atas 1 muka pon xde masalah oke. lepastu buatlah sedikit urutan keatas muka.. ala2 pakai masker gitu.. kekeke..
6)Biarkan dalam 10/15 minit lepastu terus cuci muka.. done.. rasa segar gitu lepas buat tu..

Amalkan 2x seminggu or masa ada jerawat naik je.. 
Jangan amalkan selalu ye sebab takut kulit jadi nipis..hehe..

IKHTIAR, DOA dan TAWAKAL. =)
Good luck!

Petua mengecilkan liang pori-pori terbuka di wajah

Petua mengecilkan liang pori-pori terbuka di wajah| Assalamualaikum guys.. hari ini Wanie nak share tips kecantikan walaupun diri ini tak cantik.. tengah2 belek muka di cermin tiba2 baru perasan yang muka Wanie ada sedikit liang2 pori yang terbuka. seram sehhh tengoknya.. hahah..
Oke apa lagi.. terus Wanie guna bantuan Mr. Google untuk mengatasi masalah ini.. so kalau korang nak cuba boleh lah cuba try test..hahah



grrr... banyak giler liang pori gambar kat ats ney.. muka kita xde lah banyak sangat ini oke.. liang pori hanya ada di sekitar tepi hidung je, mintak2 jangan membiak! kekeke.. (ayat sedapkan hati)

Bahan2:
Air suam
Lemon
Tuala muka bersih
Ais

Cara2:
1)Letakkan air panas kedalam semangkuk air dan stimkan muka anda.
2)Perahkan air lemon ke atas tuala muka dan sapukan secara lembut
3)Letakkan ais ke dalam tuala dan dap dap kan ke atas muka secara perlahan2.

Amalkan 2x seminggu.
Done!

Wanie dah try aritu memang rasa selesa sangat kat muka bila kita stimkan muka dengan air panas.. INGAT TAW! STIM DENGAN AIR PANAS.. BUKAN BASUH MUKA DENGAN AIR PANAS YE.. !

Cara lain..?? Mungkin boleh amalkan vitamin c untuk kulit gebu gebas. =)
InshaAllah.. yang penting sekali IKHTIAR, DOA dan TAKAWAL! =)

Tuesday, January 5, 2016

Semakan keputusan MUET November 2015

Semakan keputusan MUET November 2015| Assalam guys.. sesiapa yang ada mengambil MUET untuk sesi November 2015 , anda sudah boleh untuk check result.





Atau boleh juga check melalui handphone anda


MUET <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN
HANTAR KE 15888


GOOD LUCK!

Tahun depan baru Wanie akan ambil MUET buat kali keduanya.. mohon doakan agar saya dan rakan2 mendapat keputusan yang cemerlang yea..mintak2 lepas band 3 je..aminn...hehe =)