Pages

Saturday, December 5, 2015

Alhamdulillah menang pertandingan masakan ‘BILA BUJANG MASUK DAPUR’

Alhamdulillah menang pertandingan masakan ‘BILA BUJANG MASUK DAPUR’| Assalamualaikum bloggers.. petang tadi Wanie ada masuk pertandingan masakan sempena Pesta Konvokesyen (PESKO) 2015 yang bertempat di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 1 kumpulan mempunyai 2 orang peserta dan Dato’ Fazley Yaacob iaitu JUARA MASTERCHEF telah menjadi hakim bagi pertandingan ini.


Sebenarnya Wanie tak sangka langsung akan menang pertandingan ini sebab tujuan utama sertai hanya untuk suka-suka dan sebenarnya saya memang ada sedikit minat dalam bidang masakan. Almaklumlah emak saya pun memang jenis yang suka masuk pertandingan masakan. Pantang ada pertandingan masakan atau dekorasi WAJIB emak saya join. Mungkin sedikit sebanyak saya terpengaruh oleh emak saya..hehe..emak saya juga merupakan ex chef di salah satu hotel 3 bintang yang bertempat di JERANTUT,PAHANG sebelum emak saya menukar profesion kepada kerani di pejabat. Lebih relax katanya kerja pejabat..tetapi minat dalam bidang masakan tetap tidak dilupakan..

Berbalik kepada cerita petang tadi.. terdapat 13 kumpulan yang menyertai  dan pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 saringan. Saringan pertama setiap kumpulan diminta untuk menyediakan SALAD BUAH BUAHAN dalam masa 5 minit. Memang  tak cukup nafas kami.. hahah.. sampai nak bercakap pun memang dah tak pandang muka.. mulut bergerak tapi tangan dan mata fokus membuat salad. Semasa sesi saringan ini kami telah membahagikan tugasan dimana saya hanya memotong buah-buahan untuk dijadikan salad dan rakan saya membuat dekorasi bagi menghias salad. Kalau dua2 nak buat perkara yang sama memang tak sempat lah kan! Hehehh…



Saringan pertama kumpulan lelaki telah menang.. kata Dato’Fazley sedap masakan dieorang.. nak tengok apa Dato’ Fazley komen tentang salad kami?? Saksikan video dibawah..serius nak tergelak bila tengok banyak kali..hehe.. =)

link video=
https://www.facebook.com/nur.khairiah.irwanie/videos/444614102400039/


Syukur Alhamdulillah kumpulan kami dapat masuk ke saringan yang kedua. Memang tak sangka sangat-sangat kami melepasi ke saringan kedua sebab kami jangka tak lepas.. tengok kumpulan yang lain semuanya hebat hebat belaka. Bagi saringan kedua ini kami telah diberi masa selama 7 minit untuk membuat 2 hidangan iaitu acar & kerabu.. Ooomaiigaaaddd… 2 HIDANGAN DALAM MASA 7 MINIT??? GILER LAHH..HAHA.. TAPI SYUKUR ALHAMDULILLAH.. kami telah ikut seperti yang kami rancang iaitu saya akan membuat kerabu manakala rakan saya akan membuat acar.. Kalau nak buat satu-satu takot tak sempat so kami telah merancang untuk membuat sebegitu.. Rakan saya membuat acar timun.. memang sedap sangat2 sampai juri merasa acar tu banyak kali..haha.. ada rahsia disebalik resepi tu..hehe..Manakalah saya membuat kerabu epal.. Syukur Alhamdulillah.. kata Dato’ Fazley dia suka rasa dan persembahan kerabu saya sebab katanya kerabu epal saya tak terlalu berair..kiranya memang mengikuti piawaian kerabu yang sebenar.. ohh myyy.. bangga japp…kembang idong.. hahah.. sebabnya tu lah pertama kali saya membuat kerabu epal.!! Percaya tak??? Percaya lah..memang saya tak tipu..hehe.. dah lah saya tak pernah buat kerabu epal.. tiba2 hari ini pertama kali mencuba dan menjadi.. Sungguh indah aturan ALLAH.. syukur. . ada yang nak resepi?? Simple sangat2 dan kebanyakan bahan yang digunakan memang ada di dapur kita..heheh..





Akhirnya keputusan telah diumumkan dan kami SANGAT-SANGAT TERKEJUT SEBAB KAMI MEMPEROLEH TEMPAT KEDUA.. giler kau.. dah lah tak pernah masuk pertandingan memasak tiba2 menang pulak itu.. memang kami rasa bersyukur sesangat.. eksited giler kau.. hohoo… ALHAMDULILLAH…dapat hamper dan wang tunai bernilai RM100..  eh tempat pertama siapa?? Hehe.. tempat pertama dimenangi oleh ex juara peserta pada PESKO tahun lepas.. hoho.. kami xboleh lawan dengan juara lagi..hehe..


Btw… terima kasih kepada Dato’ Fazley Yaacob sebab sudi datang ke Universiti Malaysia Kelantan dan menjadi juri bagi pertandingan ini.. Thanks jugak kepada pihak Pesta Konvokesyen (PESKO) sebab membenarkan kami untuk menyertai pertandingan ini walaupun kami sertainya pada last minit!

No comments: