Pages

Sunday, December 20, 2015

Dinner di Sushi King, KB Mall Kelantan

Dinner di Sushi King, KB Mall Kelantan | Assalamualaikum bloggers.. tengah hari semalam Wanie teman kawan pergi beli tiket bas.. lepas pada tu katanya tekak teringin nak makan udon.. pada mulanya kami mahu pergi ke Myeondong Street Cafe tetapi kami kurang bernasib baik sebab restoren itu tutup.. at the last kami terus park kereta..masuk kb dan terus ke Sushi King.. rambang gler mata tengok sushi dan menu2 nya di situ..aumm.. hahah.. 

Kedai ini terletak di bahagian department yg menjual gadget dalam KB Mall.. if xsalah di tingkat 3 :)


Ketiga2 pakat dok order menu yang sama iaitu Black Pepper Udon sebab dah 2/3 bulan lepas asik dok sebut udon udon udon kat dalam bilik..selagi x dapat tu lah asyik dok sebut2.. hahah..

 





Black pepper udon : RM11.55
Orange yogurt: RM5.19
Sushi : Price depends on the each type. Starting price RM2.12 for 1plate


Saturday, December 5, 2015

Alhamdulillah menang pertandingan masakan ‘BILA BUJANG MASUK DAPUR’

Alhamdulillah menang pertandingan masakan ‘BILA BUJANG MASUK DAPUR’| Assalamualaikum bloggers.. petang tadi Wanie ada masuk pertandingan masakan sempena Pesta Konvokesyen (PESKO) 2015 yang bertempat di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 1 kumpulan mempunyai 2 orang peserta dan Dato’ Fazley Yaacob iaitu JUARA MASTERCHEF telah menjadi hakim bagi pertandingan ini.


Sebenarnya Wanie tak sangka langsung akan menang pertandingan ini sebab tujuan utama sertai hanya untuk suka-suka dan sebenarnya saya memang ada sedikit minat dalam bidang masakan. Almaklumlah emak saya pun memang jenis yang suka masuk pertandingan masakan. Pantang ada pertandingan masakan atau dekorasi WAJIB emak saya join. Mungkin sedikit sebanyak saya terpengaruh oleh emak saya..hehe..emak saya juga merupakan ex chef di salah satu hotel 3 bintang yang bertempat di JERANTUT,PAHANG sebelum emak saya menukar profesion kepada kerani di pejabat. Lebih relax katanya kerja pejabat..tetapi minat dalam bidang masakan tetap tidak dilupakan..

Berbalik kepada cerita petang tadi.. terdapat 13 kumpulan yang menyertai  dan pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 saringan. Saringan pertama setiap kumpulan diminta untuk menyediakan SALAD BUAH BUAHAN dalam masa 5 minit. Memang  tak cukup nafas kami.. hahah.. sampai nak bercakap pun memang dah tak pandang muka.. mulut bergerak tapi tangan dan mata fokus membuat salad. Semasa sesi saringan ini kami telah membahagikan tugasan dimana saya hanya memotong buah-buahan untuk dijadikan salad dan rakan saya membuat dekorasi bagi menghias salad. Kalau dua2 nak buat perkara yang sama memang tak sempat lah kan! Hehehh…



Saringan pertama kumpulan lelaki telah menang.. kata Dato’Fazley sedap masakan dieorang.. nak tengok apa Dato’ Fazley komen tentang salad kami?? Saksikan video dibawah..serius nak tergelak bila tengok banyak kali..hehe.. =)

link video=
https://www.facebook.com/nur.khairiah.irwanie/videos/444614102400039/


Syukur Alhamdulillah kumpulan kami dapat masuk ke saringan yang kedua. Memang tak sangka sangat-sangat kami melepasi ke saringan kedua sebab kami jangka tak lepas.. tengok kumpulan yang lain semuanya hebat hebat belaka. Bagi saringan kedua ini kami telah diberi masa selama 7 minit untuk membuat 2 hidangan iaitu acar & kerabu.. Ooomaiigaaaddd… 2 HIDANGAN DALAM MASA 7 MINIT??? GILER LAHH..HAHA.. TAPI SYUKUR ALHAMDULILLAH.. kami telah ikut seperti yang kami rancang iaitu saya akan membuat kerabu manakala rakan saya akan membuat acar.. Kalau nak buat satu-satu takot tak sempat so kami telah merancang untuk membuat sebegitu.. Rakan saya membuat acar timun.. memang sedap sangat2 sampai juri merasa acar tu banyak kali..haha.. ada rahsia disebalik resepi tu..hehe..Manakalah saya membuat kerabu epal.. Syukur Alhamdulillah.. kata Dato’ Fazley dia suka rasa dan persembahan kerabu saya sebab katanya kerabu epal saya tak terlalu berair..kiranya memang mengikuti piawaian kerabu yang sebenar.. ohh myyy.. bangga japp…kembang idong.. hahah.. sebabnya tu lah pertama kali saya membuat kerabu epal.!! Percaya tak??? Percaya lah..memang saya tak tipu..hehe.. dah lah saya tak pernah buat kerabu epal.. tiba2 hari ini pertama kali mencuba dan menjadi.. Sungguh indah aturan ALLAH.. syukur. . ada yang nak resepi?? Simple sangat2 dan kebanyakan bahan yang digunakan memang ada di dapur kita..heheh..





Akhirnya keputusan telah diumumkan dan kami SANGAT-SANGAT TERKEJUT SEBAB KAMI MEMPEROLEH TEMPAT KEDUA.. giler kau.. dah lah tak pernah masuk pertandingan memasak tiba2 menang pulak itu.. memang kami rasa bersyukur sesangat.. eksited giler kau.. hohoo… ALHAMDULILLAH…dapat hamper dan wang tunai bernilai RM100..  eh tempat pertama siapa?? Hehe.. tempat pertama dimenangi oleh ex juara peserta pada PESKO tahun lepas.. hoho.. kami xboleh lawan dengan juara lagi..hehe..


Btw… terima kasih kepada Dato’ Fazley Yaacob sebab sudi datang ke Universiti Malaysia Kelantan dan menjadi juri bagi pertandingan ini.. Thanks jugak kepada pihak Pesta Konvokesyen (PESKO) sebab membenarkan kami untuk menyertai pertandingan ini walaupun kami sertainya pada last minit!

Friday, December 4, 2015

Mandarin Individual Assignment

Mandarin Individual Assignment| Assalamualaikum guys.. minggu lepas Wanie dan kawan-kawan baru sahaja diberi tugasan baru iaitu secara individu. Kami telah dikehendaki untuk merakam satu video dalam percakapan huayu pinyin ataupun mandarin dengan kawan chinese. Mula2 saya masuk kelas Mandarin ini memang agak susah saya nak memahami percakapan Laoshi (Lecterur). Hal ini demikian kerana saya memang tidak pandai langsung untuk bercakap dalam Mandarin.. yang tahunya hanya WO AI NI.. haha.. tetapi syukur alhamdulillah.. bila kita sudah lama2 belajar ini.. kita akan semakin mudah untuk memahami sesuatu subjek ini.. yang penting hati mesti mahu ikhlas dan ada minat dalam sesuatu bidang itu..InshaAllah...



Sekiranya Wanie ada tersalah cakap / korang tidak memahami percakapan Wanie di dalam video, Wanie ingin memohon maaf.. hehe.. maafkanlah budak yang baru belajar ini..  =D
Any chinese blogger?? Comment please.. =)

Friday, November 27, 2015

Group project entrepreneurship asisgnment

Group project entrepreneurship assignment| Assalamualaikum guys.. lebih kurang dalam 2 minggu yang lepas, kami merupakan pelajar Universiti Malaysia Kelantan telah diminta untuk menyiapkan 1 project bagi subjek Keusahawanan Teknologi.. bagi projek kali ini kami telah diminta untuk mencipta 1 produk baru. And then kumpulan saya telah decide untuk mencipta 1 produk baru iaitu diberi nama SUPER BOARD. Produk ini merupakan gabungan daripada papan hiris (cutting board) + gelas (mug).

Produk kami dicipta bagi mengurangkan masalah kesibukan wanita/ lelaki diluar sana untuk memasak dirumah. Produk kami juga mempunyai pelbagai fungsi yang juga boleh digunakan diluar rumah seperti apabila pergi berkelah di luar rumah. =)


Nak cerita banyak2 tak boleh..hahah.. nak tahu yang lebih lanjut??? MARI SAKSIKAN VIDEO KUMPULAN KAMI.. enjoy this video and give some feedback.. terima kasih 




Saturday, November 21, 2015

Senarai lokasi taman tema yang menarik di Malaysia


Senarai lokasi taman tema yang menarik di Malaysia| Assalamualaikum semua.. berikut merupakan senarai taman tema yang menarik ada di Malaysia.. So tak adelah korang duduk mereput je kan kat rumah terutamanya sekarang ini sedang dalam musim cuti sekolah..kan kan kan.. hehe
Kebanyakan lokasi-lokasi yang disenaraikan Wanie tak pernah pergi lagi..hanya ada beberapa tempat sahaja yang Wanie pernah pergi.. InsyaAllah kalau ada umur yang panjang dan dimurhkan rezeki, dapatlah kita menjejakkan kaki disana yep. =)





SELANGOR



KUALA LUMPUR



JOHOR




MELAKA



NEGERI SEMBILAN




PAHANG



KEDAH



PULAU PINANG



KELANTAN



PERAK


Wah.. menarik sangat-sangat kan lokasi percutian kali ini?? Haa apa lagi.. jom ramai-ramai serbu semua taman tema ini..hehe.. korang just klik je mana-mana link nama di atas dan akan dibawa terus ke link page / facebook taman tema tersebut..

Friday, November 13, 2015

Produk apa ney?? giler bahaya.. muahahaha..



Kesan penggunaan produk kecantikan yang Wanie guna|  Assalam guys.. hari ini Wanie nak cerita sedikit sebanyak berkenaan produk kecantikan yang Wanie pernah guna selama ini.. entry ini agak panjang ye.. so kalau rasa tak nak hidung berdarah dan mata jadi juling sebab baca lama, sila jangan teruskan pembacaan anda ye.. (joke oke joke)hahasebelum ini (masa zaman muda mudi) saya pernah guna produk jenama Olay, safi balqis timun , safi balqis yang warna biru ,sabun papaya, collegen c + dan beberapa lagi produk lain.. bila saya guna produk Olay & safi balqis timun memang tidak memberikan apa-apa kesan pada muka.. Bila saya guna safi balqis biru pulak, ia memberikan kesan teruk terhadap muka saya.. yep.. ini cerita sebenar.. saya guna produk ini masa tingkatan 5 (kalau tak salah).. masa ini saya hanya gunakan pencuci muka safi.. bila guna muka saya jadi tegang & berubah menjadi gelap + kemerahan..saya perasan muka saya masa tu sbelum pergi ke kelas.. pelik kan macam mana boleh jadi macam gitu? haha.. sampai sekarang saya still tak tahu sebab apa.. mungkin kulit tak sesuai dengan produk itu.. saya pernah guna sabun papaya tetapi tak sesuai sebab muka jadi kasar + kesat selepas cuci.. collegen c + pulak saya pernah guna dalam 2/3 bulan.. mula-mula guna tu memang eksited giler sebab memang kulit muka berubah menjadi putih berseri.. huhu.. tapi sayang.. ia tidak kekal lama.. sebab masuk set kedua saya beli produk itu, muka saya berubah.. tiba-tiba muncul bijik2 kecik kat muka.. ingatkan jerawat.. bila picit xnak pulak keluar pape.. At the last, saya google kat internet untuk cari maklmat berkaitan produk itu.. yep.. guess what i found? terlalu banyak feedback negatif yang saya baca.. grr... saya terus buang produk itu.. takut oke.. hahah..



     Now, saya guna produk muka berjenama babies blink oleh Datin Lyanaz.. Wanie sudah menggunakan produk ini lebih kurang sudah 6 bulan. Produk ini mengandungi 5 item iaitu krim siang, krim malam, toner, pencuci muka dan serum. So far saya paling suka serum dia sebab baunya.. ya ampunn... wangi bangat..hehe.. Antara banyak-banyak produk kecantikan yang saya pernah pakai sebelum ini, produk inilah satu-satunya yang memberi kesan positif terhadap muka saya.. hooorreee!! huhuu.. muka saya ini bukan jenis berjerawat sangat.. means.. jerawat tetap ada tapi yang paling banyak ada ialah jeragat.. so far, jeragat makin berkurang + kulit bertambah putih.. huhu.. baru hari ini Wanie cuba minum coffee babies blink sebab nak bagi kulit sekata.. haha.. ase macam pelik pulak sebab muka cerah tapi kulit tangan sedikit gelap (gelap sedikit je oke.. xdelah nampak berbeza sangat sebenarnye - ayat nak sedapkan hati..hahah)

Selain daripada produk ini, Datin Lyanaz guna ada keluarkan produk lain seperti angel pink, babies blink gold, produk minuman berperisa coffee & chocolate dan ada lagi yang lain.. google sendiri. muahaha..


BEFORE

AFTER
*gambar yang diambil menggunakan kamera asal jenama oppo.


close up


Taraaa,... itulah effect terhadap muka saya.. masa ney memang xpakai apa2 makeup pada muka.. natural gitu. hehe  korang pulak macam mana? Guna produk muka apa sekarang? share lah sikit2..hehe

Thursday, November 5, 2015

REVIEW INSTASHOP @fuzxyc


Review hotstuff di instashop @fuzxyc| Assalam.. hari ini Wanie akan review satu intashop yang mengandungi pelbagai barang-barang yang berjenama tetapi dijual pada harga yang sangat lah murah.. berbaloi sangat-sangat sekiranya korang shopping online disana.


Antara produk yang dijual ialah kasut copy ori berjenama seperti NIKE, ADIDAS, ROSHE RUN FLYKNIT, ROSHE RUN OREO & STEFAN JONASKI MAX dan pelbagai lagi. Produk yang dijual disini adalah ready stock and juga preorder.. so korang yang emergency nak guna kasut tu tak payah risau okey.. 


Instagram ini juga ada menjual pelbagai jenis bagpack yang berjenama seperti NIKE..


Kalau nak lihat gambar produk yang dijual di sini memang tak puas kan?? . haa korang apa lagi?? JOM KITA RAMAI-RAMAI SERBU INSTAGRAM INI
@fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc @fuzxyc

Pelbagai barang-barang yang RARE , MENARIK DAN HOT ada di sini..!
#trustedseller

Friday, October 23, 2015

FREE REVIEW OPEN AGAIN




Hai guys..  sudah lama saya tidak mengupdate belog ini..huaa... almost 3/4 month I think..berhabuk sudah.. so.. sempena saya hendak merajinkan diri untuk update blog ini, saya akan open untuk 5 orang yang terawal untuk saya promote blog kamu.. tidak kira samada blog berbentuk perniagaan ataupun personal blog..




Cara untuk dapatkan FREE REVIEW:

1)FOLLOW BLOG INI

2)WHATSAPP SAYA SEMUA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN BLOG/FACEBOOK/INSTAGRAM KAMU KE NOMBOR 0179789443.

Easy right??
That all.. terima kasih.. =D


Wednesday, October 7, 2015

Senarai universiti ipta/ipts terbaik di Malaysia 2015 TOP RANKING

Senarai universiti ipta/ipts terbaik di Malaysia 2015 TOP RANKING| Hai bloggers.. kedudukan universiti yang terbaik di Asia ini disenaraikan daripada beberapa aspek seperti sumbangan kertas kerja projek, reputasi kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang sudah bekerjaya, fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran. Selain itu, pemilihan juga dari segi komitmen pengajaran, kesan penyelidikan, siswazah dan pandangan antarabangsa..
Berikut merupakan senarai 18 Universiti dari Malaysia yang tersenarai bagi tahum 2015.
Tiada universiti lain yang disenaraikan selepas UTHM..
Diharapkan pada tahun2 yang berikutnya UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN pula yang akan disenaraikan antara TOP RANKING.. InshaAllah.. Amin =)
*sumber

Wednesday, June 3, 2015

Review foundation naked


Review foundation naked| Hai bloggers, hari ini saya akan review salah satu daripada produk kecantikan NAKED iaitu foundationnya. So far saya memang puas hati sangat2 bila menggunakan produk ini kerana tekstur foundation ini match dengan kulit saya.. bila pakai foundation ini saya akan merasakan seolah-olah tidak memakai apa2 produk dimuka..  foundation ini juga menjadikan tona kulit saya lebih sekata dan yang paling penting sekali tidak nampak berminyak dan kulit lebih smooth..

gambar drp google

gambar pemilik. saya guna yg 03

Produk ini boleh didapati daripada online seller ataupun dimana-mana kedai jamu yang berdekatan dengan tempat tinggal anda =)

before and after using this product
Cahaya lampu mungkin mempengaruhi hasil dr gambar




Strictly to say that this review is based on my experience when using this product.. this is not paid review. I will not responsible for any complaints or misunderstanding from your reading at here.
Thanks for reading. Assalamualaikum =)

Saturday, May 30, 2015

Toothless picture



Toothless picture| Hai bloggers.. ada sesiapa yang pernah menonton movie How to train your dragon? Actually movie ini dah lama dikeluarkan cuma saya sahaja yang baru tahu dan menontonya..hehe.. Serba sedikit maklumat berkaitan dengan movie ini.. *sumber wikipedia. 

Movie How to Train Your Dragon merupakan sebuah filem aksi fantasi Amerika 3D yang dikeluarkan oleh DreamWorks Animation. Filem ini merupakan arahan daripada pengarah Chris Sanders dan Dean DeBlois yang juga merupakan pengarah kepada cerita Disney's Lilo & Stitch. Antara bintang2 popular yang menjadi suara kepada watak dalam cerita ini ialah Jay Baruchel,Gerard Butler dan lain-lain. 


gambar drp google.


Cerita ini bermula dimana apabila seorang remaja Viking iaitu Hiccup ingin mengikuti tradisi keluarganya untuk menjadi seorang pembunuh naga. Selepas Hiccup berjaya menangkap naga yang pertamanya iaitu Toothless, dan dengan peluang dia mendapat sambutan daripada kaumnya, Hiccup mendapati bahawa dia tidak mahu menbunuh naga tersebut. Bahkan, Hiccup ingin berkawan dengannya.

gambar drp google. How to Train Your Dragon 1
Gambar ini merupakan Hiccup yang sedang memujuk Toothless utk berkawan dengannya selepas Hiccup berjaya menembak ekor naga tersebut.. comel sangat3..hehe

Movie How to Train Your Dragon 1 dikeluarkan pada tahun 2010, How to Train Your Dragon dikeluarkan pada tahun 2014 dan How to Train Your Dragon 3 bakal dikeluarkan pada tahun 2018.

                                                                 gambar drp google.
Gambar ini merupakan cerita How to train Your Dragon 2 dimana Hiccup baru mengetahui tentang rahsia yang ada pada Toothless (yang warna biru atas badan Toothless) selepas ditunjuk oleh ibu Hiccup.


Desktop background toothless utk google sy..haha

Thats all. thanks for reading! =)

Saturday, May 23, 2015

Program Anak Angkat BAKSISGAAL di Pasir Puteh,Kelantan




Program Anak Angkat BAKTI SISWA (BAKSIS) | Hai Bloggers, pada 14,15,16 & 17 hari bulan yang lepas telah berlangsungnya program anak angkat yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan GAAL. Alhamdulillah program itu telah berjalan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada anak-anak PT3 & SPM di SMK GAAL yg secara sukarela mengambil kami sebagai kakak/adik/anak angkat di rumah mereka.


Hari pertama 14 May 2015.
Pada pagi hari tersebut ada sesi pendaftaran di kolej kediaman dan selepas itu kami bertolak ke SMK GAAL.. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah.



Apabila tiba disana ada sesi penyerahan anak angkat. Sebenarnya sy berasa agak sedih semasa sesi ini dijalankan kerana nama saya tiada dlm senarai penyerahan anak angkat.. Actually ad lg berbelas2 orang yg xde nama..hehe.. mungkin ada kesilapan teknikal disitu.. akhirnya kami yang tiada ibu bapa angkat ini diminta untuk berkumpul di khemah dan pembahagian anak2 angkat kepada ibu bapa angkat pon bermula.. sudahlah masa itu sy sorang2 xde kawan sbb kawan2 saya yang lain semuanya telah mendapat ibu bapa angkat mereka.. 

Sedih kan?? Sob sob sob..hehe..  selepas beberapa minit kemudian akhirnya saya pon mendapat keluarga angkat kerana keluarga angkat saya telah menolak anak-anak2 angkat yg mereka terima semasa sesi penyerahan td.. sebabnya ketiga2 anak angkat itu ialah lelaki.. diaorang nak anak perempuan,.. 



Selepas dah ada keluarga angkat semua maka kami pon pulanglah kerumah masing-masing dengan perasaan gembiranya. heee


Petang itu.. sampai je kat rumah kami terus solat asar dan berlari2 anak keluar rumah sebab nak tengok pemandangan sawah padi..hehe.. masa dalam kereta otw nak balik dah excited dah sebab ayoh cakap rumah dekat dengan sawah padi..hehe.. rumah betul2 kat depan sawah padi.. sungguh indah pemandangan ini.


Kuasa ALLAH s.w.t. kami nampak pula pelangi.. sungguh tenang suasana sebegini =)


Hari Kedua 15 May 2015.
Pagi itu ada pertunjukan gasing oleh pakcik2 gasing yg berpengalaman.. selepas itu ada bengkel pengurusan pusat sumber dan pada petang itu ada acara treasure hunt.. memang enjoy haritu.




Gotong royong sekitar kawasan SMK GAAL

Muka orang penat selepas acara treasure hunt..hehe



Hari Ketiga 16 May 2015.
Pada hari ketiga ini telah berlangsungnya aktiviti seperti Senam robik, membersih surau, sukan rakyat pada petang tersebut dan malam itu ada malam seni warisan. Saya join event pada pagi itu je pastu masa tengahari itu terus balik ke rumah mak angkat.. balik2 solat dan tolong mek masak tengahari.. aktiviti pada malam itu saya x pergi sebab malas,,hehe..




Petang itu bosan2 dok dalam bilik je pastu keluar kejap tolong kerat daun pandan..hehe..

Selepas itu, saya ikut adik dan ayoh pergi ke sekolah SMK GAAL untuk ambik kawan angkat yang lagi seorang kat sana.. lepas pada tu pergi makan roti canai kat restoran bamboo.. kat tempat sy biasanya makan roti canai pada waktu pagi shj tetapi kt kelantan ney lain sedikit.. setiap masa blh makan roti canai..hee



Malam itu masa di rumah mak angkat, mek bagi rasa cendol yang dia buat.. untuk pengetahuan mek dan ayoh saya buat perniagaan cendol.. memang sedap sangat3..rugi kalau xcuba.. dah la cendol dye besar2.. kalau kat tempat saya jangan haraplah nak dapat cendol besar2 macam itu..hehe


Kalau berminat nak tempah cendol hubungi nombor ini ye
019-9057626 (Ayoh Bakri)

Muka orang happy dapat makan cendol..hehe


Muka Over..hehehe


Hari terakhir 17 May 2015.
Pada pagi itu kami terus bersiap2 bawa beg ke SMK GAAL.. Antara program pada hari tersebut ialah gotong-royong kenduri dan majlis penutupan pada tengahari tersebut..
Terima kasih Yayasan A-Zahra kerana menyumbang seekor lembu pada hari tersebut.






Selepas itu, kami bersiap-siap untuk acara penutup dan selepas itu pon baliklah. Mek dan Ayoh saya xdapat hadir masa acara penutup penyerahan semula anak angkat itu kerana mereka sibuk..masa pagi  gotong royong itu mek tiba2 datang ke sana.. agak terkejut jugak saya..mek cakap dia datang sebab nak bagitahu yang xdapat datang masa acara penutup nanti.. sedih sangat kan time tu.. tapi xpelah..nak buat macam mana kan..

Masa acara penutup


 Adik angkat ..Wani.. namanya sama dengan saya Wanie..hehe..
Kawan angkat .. Qamarina.


 Dengan Mek dan Ayoh.



Selepas itu kami pon bertolak pulang ke UMK.. Semua kenangan indah kami bawa pulang bersama-sama.. InshaAllah satu hari nanti akan datang semula ke sana.. tempat yang sangat2 cantik dan tenang.