Pages

Friday, September 27, 2013

La Tahzan ♥♥♥ ヅ





Pada suatu petang di rumah yang usang, seorang anak duduk dihadapan ibunya yang sedang mengait benang. Lalu dia bertanya kepada ibunya,

"Ibu tengah buat apa tu?" tanya anaknya"Ibu sedang mengait benang, wahai anakku" jawab ibunya"Kenapa benang2 tu nampak berserabut dan takda apa2 yang menarik pun" sahut anaknya.

Lantas ibunya menyuruh anaknya berdiri, dan lihat dari atas ketika ibunya sedang mengait.

"Ya Allah, cantik rupanya corak benang yang ibu kait. Tapi kalau tengok dari depan, berserabut sgt benang tu, tak cantik langsung" kata anaknya.. ibunya hanya tersenyum melihat karenah anaknya.

Begitulah sebenarnya dalam hidup ni. Ketika kita dilanda sebarang musibah atau dugaan, janganlah lihat ianya dari satu sudut2 negatif semata2, sebaliknya carilah sudut yg tepat dimana kita boleh melihat pelbagai kebaikan dan kesenangan disebalik ujian yang kita lalui.

Allah Maha Kaya dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah selalu kepada Allah. ヅ